Wednesday, February 11, 2009

Mabuk politik

  1. Pilihanraya umum ke-12 telah membuktikan sesuatu yang cukup penting kepada kita. Iklim politik panas bertimpa-timpa melanda negara. Sesuatu yang penting yang kita dapati bahawa gergasi bukan tidak dapat ditumbangkan oleh semut kudis. Gergasi bukannya dicipta untuk bermaharajalela sahaja. Kadangkala gergasi juga tersungkur ke pasak bumi akibat terjerat diri sendiri.Namun kita dapati bahawa semut kudis semakin melarat menjadi bisul akibat kemabukan kuasa.
  2. Begitulah diibaratkan politik jimba negara Malaysia. Barisan Nasional makin terpinggir namun sukar untuk diakui oleh segelintir pemimpin-pemimpin yang hanya nampak dan terdengar suara di lapangan media. Mereka masih tidak sedar akan dasar penolakan yang sedang dilakukan oleh rakyat. Masing-masing masih dikelilingi oleh zon selesa dan diselubungi 'barrier' yang dihasilkan oleh korupsi kroni masing-masing. Tiada dasar yang padu, teguh dan berisiko yang diambil bagi memikat kembali penolakan hati rakyat Malaysia. Apa yang didengar hanyalah wang berjuta-juta akan ditabur di sepanjang jalan ke tempat pengundian.
  3. Rakyat mungkin telah sedar bahawa wang tidak dapat menutup kelemahan pentadbiran, polisi dan halatuju pentadbiran negara. Banyak soalan perlu di jawab, namun tiada siapa yang ingin memikul beban jawapan tersebut. Masing - masing rakus menjaga periuk masing-masing tanpa menghiraukan matlamat asal penubuhan bahasa politik. 'Asalkan saya bergelar Yang Berhormat, boleh dapat Dato dan boleh goyang kaki, orang datang jumpa bukan kita pergi jumpa' ok laaaa....
  4. Definisi ahli politik sudah diubah suai sehingga definisi tersebut sudah tidak boleh dipakai oleh ramai 'ahli politik' masa kini. Sebagai 'ahli politik', anda adalah hamba rakyat! anda berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk diri sendiri, keluarga dan kroni(s). Anda perlu berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Anda secara sukarela menjadi hamba rakyat, berusaha berkhidmat untuk rakyat agar negara dapat maju ke depan. Anda cuba menjadi yang terbaik untuk rakyat. Anda cuba untuk menjadi contoh untuk rakyat.
  5. Kalaulah anda berusaha tanpa mengharapkan apa-apa balasan, insyallah kita akan lebih maju kerana Malaysia mempunyai potensi untuk maju tanpa batasan. Kalau tidak, potensi negara akan berlalu bak air disekat di empangan kosong. Cubalah...

No comments: