Friday, June 6, 2008

DS Abdullah Ahmad Badawi patut berundur!

Kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini seharusnya merupakan buah tangan terakhir daripada perdana menteri (Pak Lah). Seharusnya Pak lah tidak perlu menunggu sehingga pemilihan pucuk pimpinan UMNO akan datang. Medan peperangan Pak Lah dalam politik Malaysia sudah berakhir dengan kesudahan keputusan pilihanraya umum ke-12 pada bulan Mac yang lepas.


Kepimpinan Pak Lah sudah tidak diyakini lagi. Kebanyakkan rakyat sudah menolak walaupon terdapat mekanisme - mekanisme baru yang dicadangkan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah kenaikan harga minyak dan makanan. Merujuk kepada mekanisme melalui pemberian wang tunai kepada tuan empunya kenderaan di bawah 2000 cc. Ianya hanya mengurangkan sedikit beban tetapi masih belum efektif bagi melakarkan kejayaan seperti mana kejayaan semasa kerajaan terdahulu menangani kesan kemerosotan ekonomi pada tahun 1999.


Tidak dinafikan bahawa kerajaan juga menangung beban subsidi yang amat besar akibat kenaikan sebanyak 400% bahan api dalam masa 2-3 tahun ini. Namun begitu, kenaikan ini juga sedikit sebanyak dapat ditampung dengan kenaikan harga minyak sawit dan malahan petronas juga mendapat tempias yang besar (walaupon terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam operasi cari gali).


Sekarang minyak dah naik, makanan dah naik, kos pengangkutan akan menyusul naik, inflasi dijangkakan sebanyak 5% pada tahun ini sejajar dengan kenaikan minyak. Kuasa belian oleh rakyat akan menyusut melebihi 40%. Keuntungan perniagaan mungkin akan menyusut akibat kekangan keewangan oleh rakyat.


Jadi dimanakah kerajaan boleh meringankan beban rakyat?



  1. Pengukuhan nilai ringgit melalui aktiviti penambatan RM pada satu harga tetap dan bukannya melalui konsep pengampungan

  2. Menerusi penghapusan tol. Tol juga membebankan pihak rakyat. Mungkin daripada hasil subsidi yang ditolak tersebut boleh digunakan sebagai pampasan untuk membayar kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap kutipan tol (PLUS, MTD PRIME etc)

  3. Peningkatan penggunaan hasil bioteknologi dalam industri pertanian. Jabatan pertanian haruslah memainkan peranan lebih aktif dalam membantu pengusaha pertanian meningkatkan hasil produktiviti mereka. Contohnya dalam skim subsidi Peladang, terdapat baja kompos yang diberi namun langsung tidak berkesan dalam membantu pertumbuhan pokok padi. Kerugian daripada segi duit rakyat dan daripada segi teknologi telah berlaku di situ.

  4. Penjimatan daripada segi perbelanjaan kerajaan. Perkara ini perlu dititik beratkan kerana banyak pembaziran daripada segi pembelian, elektrik, pengurusan keewangan yang tidak cekap, penganjuran majlis yang tidak berfaedah yang mendatangkan kerugian berjuta-juta ringgit.

  5. Kajian harus dilakukan tentang konsep bagaimana negara - negara di eropah hanya beroperasi sampai waktu-waktu tertentu sahaja. Dengan melimitkan masa perniagaan maka banyak aktiviti yang membazir boleh dielakkan (esp. kedai 24 jam)

  6. Penambahan barangan kawalan juga boleh membantu

  7. Kenaikan gaji melalui skim pelarasan yang konsisten dengan keadaan keewangan semasa kerajaan

Menurut hasil analisis dan pemahaman saya, keputusan kenaikan harga minyak yang di buat oleh Pak Lah adalah amat perlu. Namun begitu keputusan tersebut adalah begitu keras dan tidak popular daripada segi politik. Justeru itu, Pak Lah haruslah membayar harga keputusan itu dengan meletak jawatan. Keputusan beliau adalah keputusan masa hadapan tetapi berdasarkan iklim politik sekarang, sebarang penjelasan tidak lagi dapat diterima oleh rakyat yang nyatanya telah memandang rendah kredibiliti perdana menteri dan menteri - menteri kabinet yang lain berdasarkan hasil keputusan pilihanraya ke-12 yang lalu. Pak Lah terpaksa harus berjalan keluar tetapi satu hari nanti rakyat akan memahami keperluan kenaikan terbabit. Sayonara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.





No comments: